Risiko mengaku untung besar....
Pegawai-pegawai LHDN dan SSM memantau semua media sosial.
Macam FB saya ini, dan macam FB Yg. Bhg. Dato' Roslan Ab Hamid, memang dipantau. Maklumlah, LHDN dan SSM tahu FB kami adalah tempat orang bisnes berkumpul!
.
Hubaya hubaya apabila mendedahkan maklumat kewangan kita atas tujuan mahu mempengaruhi orang-orang lain supaya masuk skim MLM kita, skim cepat kaya kita, ataupun projek bisnes kita.
+ Pastikan bisnes kita sudah berdaftar dengan SSM. Jangan post foto-foto bisnes kita selagi belum didaftarkan di SSM.
+ Nombor sijil pendaftaran bisnes kita wajib ditulis di website bisnes kita.
+ Apabila sudah mendaftarkan bisnes di SSM, segera buka fail cukai di LHDN.
Jangan mengaku kononnya kita membuat untung besar jikalau urusan dengan SSM dan LHDN tidak dalam keadaan yang teratur.
Jangan buat cerita palsu tentang keuntungan bisnes kita dalam media sosial. Itu sengaja cari nahas dengan LHDN namanya!
kredit : https://www.facebook.com/ainonmohdpts?fref=nf











