Assalamualaikum wbt...
Kali ini, entry yang saya mahu share adalah berkenaan ASB Loan...
Apa itu ASB Loan?
ASB Loan ini kita meminjam wang dari bank-bank yang diiktiraf kerajaan yang turut serta dalam urusan pinjaman ASB ini... Bank-bank yang turut serta setakat yang saya tahu adalah RHB dan Maybank sahaja... Kadar keuntungan yang diperolehi setiap awal tahun akan dimasukkan ke dalam akaun ASB kita...
ASB itu apa ek??
Aiyooo... ASB itu pun tarak tau ka? Amanah Saham Bumiputera..
ASB LOAN BY EASY RHB shaja, so yang lain bank tu saya tak pasti.
Mesti ada yang pernah apply loan ASB tanpa ambil tahu yang sebenarnya kebanyakkan bank
(tak semua bank) yang LOAN ASB tu diambil kira sebagai komitmen dan salah satu sebab pinjaman baru tak diluluskan atas sebab nilai DSR dah melebihi 50% dan ke atas. Ada juga yang apply sampai 100k - 200k tapi tak pandai nak manage duit dan selalu buat bayaran lambat kan.. in the end bila nak apply loan CCRIS dah tak cantik.. Tapi bagi siapa yang pandai menguruskan kewangan ni ASB Loan kebaikanya hanyalah mengajar kita menabung..
tetapi bank lebih untung berbanding dividen yang diterima oleh peminjam.
Jadi pada tesiapa yang ingin membuat loan ASB fikir dulu term and conditionnya.
pengiraan kadar asas contohnya bagi tahun 2015 4% dan akan berubat setiap tahun. dan interest ni akan
charge perday. mengikut kiraan RHB
jadi kadar faedah 4%+1.35%=5.35% tidak termasuk hidden charge lagi
keuntungan tahunan ASB biasanya 7.5%
7.5% - 5.35 = 2.15
jadi keuntungan yang sebenar yang kita dapat hanyalah 2.15% + value didikan menabung hehe dan belum masuk hidden charge
Yang ni Kes Saya Sendiri
100k ASB Loan by EASYRHB RM407 untuk 25 Tahun pada "2010"
campur dengan komitmen lain agak rasa berat...rumah+kereta dll
jadi pada mulanya saya pergi ke bank untuk terminate loan tersebut selepas 4 tahun buat pinjaman tetapi pegawai bank tersebut menyatakan tidak boleh terminate kerana acc pinjaman tersebut telah dilock selama 5 tahun. saya tidak berpuas hati dengan jawapan pegawai tersebut.
jadi saya buatkan pinjaman ini terbatal sendiri caranya tidak bayar loan tersebut selama 3bulan berturut2.
Jadi apa yang terjadi pada saya dapat surat yang saya perlu membayar sebanyak :
disebabkan saya tak puas hati dan saya call bank jelaskan kenapa saya perlu membayar sebanyak 4k ++
dan kemudianya saya tggu selama 2minggu untuk mendapat jawapannya tiada pengurangan dan saya kena bayar ammaunt tersebut termasuk beberapa hari yang saya lambat bayar. selepas bnyak kali bertekak pasal duit riba ni.. saya akur saya buat full sattlement.
jadi para pembaca saya hanya menceritakan pengalaman saya dan saya tidak mahu orang lain senasib seperti saya.
Salam Hormat.
Berhati-hatilah kawan. =)
Tuesday, 10 February 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)