Saturday, 27 April 2013

Usahawan IKS Yang Berjaya Di Malaysia

Usahawan IKS Yang Berjaya Di Malaysia


1. PERNIAGAAN WARISAN USAHA



Maklumat Syarikat
Pegawai Perhubungan:
Hajjah Jumaidah bt Tawil

No.Tel: 0331878332
No.Fax: 0331813620
E-mel: dnw_warsan@yahoo.com.my

Produk:

Menjual pelbagai kerepek, bahulu dan kuih raya.

Alamat:
Lot 1455 Km1,
Jalan Sungai Lang, Kancong Darat,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.


Aneka Pilihan Bahulu

Kami adalah pengusaha & pemborong Produk makanan halal, bercirikan makanan Snek Tradisional Malaysia. Pelbagai jenis Bahulu, Rempeyek, Tumpi, Dodol & kerepek dari sumber tanaman desa seperti ubikayu, pisang, sukun dan keledek. Bahan mentah yang berkualiti dari ladang terpilih digunakan dan diproses terus sebaik tiba dari ladang. Adunan bahan campuran dan rempah ratus terpilih masih mengekalkan resepi tradisi turun-temurun.



Masih mengekalkan tradisi dalam proses pembuatan.


Anika Bahulu:
Bahulu Lapis- pelangi / coklat
Bahulu Gulung / Cermai / Ikan



Aneka Kerepek:
Kerepek Ubi masin
Kerepek Ubi Pedas Kering / basah
Kerepek Ubi Berperisa BBQ / Lada Hitam
Kerepek Pisang Masin / Manis
Kerepek Bawang
Kerepek Sukun




Aneka Snek Tradisional:
Emping Belinjau
Jejari Udang
Tumpi Kacang Dhal / Hijau
Rempeyek
Muruku
Bijan
Popiah Simpul / Gulung
Batang Buruk
Kuih Ros
Kuih Sepit




Aneka Biskut Raya Tradisional / Moden:
Almod London
Tart Nenas / Gulung
Dan Pelbagai Pilihan Lagi...

Rujukan : http://baulukerepekwarisan.blogspot.com


2. SYARIKAT MUDIM SDN BHD




Maklumat Syarikat:

Syarikat Mudim Sdn Bhd

Produk:

Menjual produk beasaskan bahan mentah seperti sos, kicap dan cuka.

Alamat Perniagaan:

Kampung Jelutong,
Mukim Tobiar,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

No. Tel: 04-7846270
No. Faks: 04-7846628

Perniagaan Mudim Zakaria ( MUDIM ) telah diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria Bin Arshad yang juga dikenali sebagai Mudim Zakaria. Bermula dengan perniagaan ubat-ubatan tradisional secara kecil-kecilan di kampung, perusahaannya bertambah maju dengan usaha gigih yang dilakukannya. Kemudiannya pada tahun 1987, beliau berjaya menambah barisan keluaran produknya dengan menjadi pengeluar kicap dan sos. Perkembangan dan kemajuan MUDIM juga turut dibantu oleh kesungguhan anak beliau iaitu En. Shaarani Bin Zakaria yang kini telah dipertanggungjawabkan mengambil alih pengurusan syarikat.

En. Sharaani Bin Zakaria merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik. Beliau dilahirkan pada 8 Oktober 1960 di Kampung Jelutong, Mukim Tobiar , Pendang, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusuh, Pendang, Kedah, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Pendang, Kedah dan beliau berjaya lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah itu, beliau menamatkan pengajian tingkatan enam di Sekolah Persatuan Belia Bimbingan.
Di awal usia 20-an, En. Shaarani telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada bapanya. Walupun ketika itu hanya perniagaan keluarga yang diusahakan secara kecil - kecilan, beliau tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukannya. Beliau begitu komited terhadap setiap kerja yang dilakukan  dan berazam untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Melihat keyakinan dan kesungguhannya yang mendalam terhadap  pengeluaran kicap dan sos, bapanya memberi beliau galakkan dan sokongan sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan tersebut. Bagi memantapkan diri beliau dalam dunia perniagaan, beliau begitu komitmen menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan seperti MARDI, MARA, MADA, FAMA dan SIRIM.

Bagi memantapkan lagi produk MUDIM di dalam pasaran, En. Shaarani telah menyertai beberapa ekspo produk makanan anjuran pihak-pihak yang berkenaan. Antaranya Ekspo MIHAS di Melaka, Ekspo IAT di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan Ekspo MAHA di Serdang, Selangor. Kesan daripada itu, permintaan terhadap produk keluaran MUDIM semakin meningkat. Permintaan kepada produkMUDIM bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari pasaran luar negara juga. Ini membuktikan En. Shaarani telah berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’ di pasaran global.
Berkat doa restu daripada ayah dan bonda tercinta, keluarga tersayang dan seluruh wargaMUDIM yang gigih berusaha, kini En. Shaarani merupakan usahawan bumiputera yang berjaya menjadi pengeluar kicap, sos, dan cuka. Beliau juga berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’sebaris dengan pesaing yang lain di pasaran. Walaupun begitu beliau masih tekun berusaha memajukan perniagaannya dan berazam untuk menjadi pengeluar kicap dan sos terunggul di Malaysia.

MUDIM KICAP ISTIMEWA
415g x 12 botol = RM22.00
800g x 12 botol = RM41.00

PRODUK KELUARAN MUDIM
Syarikat MUDIM menawarkan pelbagai barangan atau produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan dalam pelbagai saiz yang mengikut keperluan pengguna. Antara produk keluaran MUDIM ialah Kicap Istimewa, Kicap Manis, Kicap Lemak Manis, Sos Cili dan Cuka Buatan.

BAHAN MENTAH
Produk utama yang dikeluarkan oleh Syarikat MUDIM adalah kicap, sos, dan cuka. Oleh itu, syarikat MUDIM mendapat pembekal utama dari Pulau Pinang yang membekalkan bahan mentah untuk pengeluaran produk MUDIM. Bahan mentah yang digunakan oleh syarikat MUDIM adalah seperti soya, caramel, gula, garam tepung, bahan pengawet dan perisa makanan yang dibenarkan. Hubungan yang baik dengan pihak pembekal menyebabkan syarikat MUDIM tidak mempunyai masalah mengenai bahan mentah dan hantaran bahan mentah akan sampai pada waktunya.
Bahan mentah biasanya akan dihantar seminggu sekali mengikut keperluan operasi agak stok tidak terlalu banyak atau tidak terlalu sedikit. 



Keadaan ini adalah untuk megelakkan kerugian akibat lebihan stok. Pengurusan operasi syarikat MUDIM agak cekap dan mampu membahagikan tugas kepada pekerja yang boleh melakukannya dengan baik. Oleh itu. Hasil pengeluaran produk MUDIM dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Keuntungan yang diperolehi meningkat dari tahun ke tahun berikutnya membolehkan syarikat MUDIM mengubahsuai kilang dan memperluaskan kilang agar operasi lebih banyak dapat dijalankan.

Rujukan:


3. Best Farms Co

Maklumat Syarikat:
Best Farms Co.

Pegawai Perhubungan:
Tuan Hj. Muhammad Abdullah

Produk:
Herbal Plants, Herbal Extract, Raw Herbs, Herbal Beverages And Packaging Services For Herbal Products  

Alamat Perniagaan:
Lot  36B, Kg. Sri Indah B, 
Depan Surau Nurul Iman,
47000 Sungai Buloh,
 Selangor Darul Ehsan.



Best Farms Co ialah sebuah syarikat biotech yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam pembekalan herba. Di tubuhkan pada 1973, syarikat ini telah berkembang pesat.
Dengan permulaan sebagai pembekal kambing, syarikat ini bukan sahaja pembekal haiwan ternakan dan kini telah menjadi pembekal herba No 1 di  Malaysia. Syarikat turut membekal kepada multinational, industry kecil dan sederhana (IKS). Syarikat turut membekalkan dalam bentuk ricingan, serbuk dan serbuk. Produk utama syarikat ialah Kacip Fatimah (Labisia pumila) , Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Misai Kucing (Orthosiphon stamineus) . Syarikat juga menjual Mas Cotek (Ficus deltoidea) , Pegaga (Centella asiatica) , Hempedu Bumi (Andrographis paniculata) dan lain lain.
Kami mempunyai Sijil Analisis (Certificates of Analysis) bagi produk kami untuk memastikan kesesuaian dan selamat untuk penggunaan pelanggan kami. Produk kami dijamin berkualiti dan kami memberikan kemudahan kepada  anda untuk membuat pilihan dalam menentukan keperluan kesihatan yang abadi.

KacipFatimah(labisiapumila)
Khasiat / kegunaan:
• Merapatkan Saluran Rahim
• Mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi  
  WANITA
• Meningkatkan fungsi SEKSUAL
• Mencegah pembiakan sel prakanser
• Menangani masalah keputihan
• Masalah angin kerana ianya anti-flatulence 
   iaitu membantu membuang angin berlebihan di 
   dalam badan.
• Merangsangkan pengeluaran hormon yang 
  dapat melancarakan perjalanan darah dan 
  kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan 
  sakit senggugut ketika haid.

MisaiKucing(Orthosiphon)
Khasiat / Kegunaan:
•Merawat penyakit KENCING MANIS
•Memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang
•Membantu mengelakkan penyakit batu karang
•Membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan (asid urik-penyebab gout, athritis dan reumatik)
•Kandungan saponin dan tanin pada daun boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami wanita
•Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
•Merawat masalah hati
•Menghalang dan mengurangkan pembentukan penyakit kanser
•Meransang sistem imunisasi. Berperanan dalam pembentukan dan
memperbaiki tisu

Tongkat Ali(Eurycomalongifolia)


Khasiat / kegunaan:
•Menambah stamina badan
•Meningkatkan fungsi anggota seksual terutama LELAKI
•Tonik dan peredaran darah
•Menurunkan DARAH TINGGI
•Membuang racun dalam tubuh
•Batuk Kering / Kencing Manis / Sakit Tulang / Penyakit Kelamin
•Keputihan


Mascotek(Ficusdeltoides)



Khasiat / Kegunaan: 
• Membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.
• Sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
• Merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.
• Membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.
• Lain-lain : mengeluarkan toksin dalam badan
• Melancarkan perjalanan darah
• Sakit urat saraf
• Gout
• Kencing manis
• Darah tinggi
• Membuang kolestrol dan lemak
• Buasir
• Migraine /sakit kepala
• Paru-paru berair
• Pemulih tenaga batin
• Sakit puan
• Senggugut
• Sakit pinggang
• Keletihan
• Masalah tidur
• Rangsangan hormon lelaki
• Mengecutkan rahim peranakan
• Merapatkan pintu rahim
• Sakit lutut
• Mencantikkan dan melicinkan kulit
• Demam/ selesema




4. Nurul Food Industry Enterprise



Ia bermula dari rumah dan maju setapak apabila berjaya menyewa kilang kecil bersama usahawan lain sebelum mengukuhkan kedudukan dengan beroperasi di kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) di Demak Laut Industrial Park, di sini.
Bunyinya cukup mudah. Namun bagi pemilik Nurul Food Industry, Salmah Ajis, perkembangan perniagaannya itu menuntut pengorbanan besar serta kecekalan yang tinggi dalam berdepan dengan apa jua cabaran.
Walaupun sekadar berpendidikan sehingga tingkatan lima dan langsung tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai perniagaan, ibu tiga anak ini menyahut cabaran untuk mengukuhkan ekonomi keluarga bermula pada Ogos 1999.
Selepas 12 tahun, beliau kini boleh tersenyum melihat produknya berjaya mendapat tempat di pasaran tempatan seperti kedai runcit, pasar, sekolah dan pasar mini serta pasar raya.
Ditemui di kilangnya baru-baru ini, Salmah yang merupakan ahli Persatuan Nelayan Asajaya/Semera berkata, apabila permintaan semakin meningkat, beliau mendapatkan bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk meningkatkan pengeluaran.
Katanya, beliau mendapat bantuan Geran Peralatan Projek Berimpak Tinggi (HIP) pada 2009 dan setahun selepas itu menerima bantuan RM30,000 untuk membesarkan perusahaannya.
“Bantuan yang diterima pada 2008 serta program mempelbagai serta menambahkan pendapatan pada 2009 selain dinaik taraf kepada HIP oleh LKIM pada tahun yang sama telah membolehkan saya menghasilkan produk berasaskan isi ikan dan sos cili,” katanya.
Antara produk yang turut dihasilkan oleh Nurul Food Industry ialah sos cili ikan tahai, sos cili udang, sos cili, sos tomato, cili boh, kuah rojak dan surimi.
Urus niaga perusahaan itu mencecah antara RM200,000 dan RM300,000 setahun, sekali gus melayakkan beliau mendapat tempat pertama Anugerah Usahawan Jaya sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sarawak 2011 di Bintulu, baru-baru ini.
Kejayaan itu merupakan pengiktirafan kepada Salmah sebagai seorang usahawan berjaya yang menjadi contoh serta model bagi usahawan kecil lain yang mengimpikan kejayaan serupa.
Berkongsi pengalamannya dalam dunia keusahawanan, Salmah berkata, seorang usahawan perlu mempunyai sifat dan nilai seperti berani mengambil risiko, berfikiran terbuka dan inovatif.
Katanya, mereka juga mestilah berfikiran luas dan bertindak dengan cekap serta berupaya membuat keputusan dengan cepat dan berkesan.
“Semua sifat ini perlu ada dalam diri seseorang usahawan dan sikap tidak mudah mengalah adalah kunci kepada kejayaan saya,” katanya.
Di sebalik kejayaannya dalam bidang perniagaan itu, Salmah juga tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai ujian dan kesukaran.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak berputus asa dan sebaliknya menjadikan kesukaran itu sebagai panduan dan pengajaran untuk melakar lebih banyak kejayaan dalam perniagaan.
“Saya pernah ditipu oleh pembekal sehingga mengalami kerugian RM25,000, jumlah yang besar bagi usahawan kecil seperti saya .
“Saya juga pernah ditipu pembeli yang membeli menggunakan kaedah runcit tetapi produk yang diambil tidak dibayar walaupun selepas habis dijual,” katanya.

Rujukan: 
  1. http://iksprofile.blogspot.com/2012/06/nurul-sos.html
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm


5. Pembekal Kacang Putih Terkenal Buntong Ipoh




Pembekal Kacang Putih Terkenal Buntong Ipoh, menjadi satu-satunya kawasan industri kecil sederhana kacang putih terbesar di Malaysia.  Lubuk Kacang putih ini terletak di Ipoh perak, juga bukan hanya makanan oleh masyarakat India, malah ia turut menjadi kegemaran masyarakat Melayu dan Cina. Boleh dikatakan ia merupakan makanan ringan ‘1 Malaysia’ pusat Kacang di Perak dan terkenal. siapa tak kenal Perniagaan Kacang Putih S. R. Oleh itu, satu pembaharuan perlu dilakukan dengan kadar yang segera agar industri ini terus berkembang dengan lebih pesat, sekaligus, meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Demikian yang dinyatakan oleh Pengarah Perniagaan Kacang Putih S. R. Ipoh, C. Ratnasami Nadar ketika ditemui oleh Peraknews di Kedai Perniagaannya di Buntong, Ipoh, pagi tadi. “Industri kacang putih ini telah lama wujud di perak, tidak silap saya lewat tahun 1940 apabila enam keluarga telah berhijrah dari India Selatan untuk menetap di Ipoh.


“Dari situ bermulalah transformasi dan pertumbuhan perniagaan kacang putih.

“Ia bermula secara menjaja dan kini seperti yang anda boleh lihat telah wujudnya kedai-kedai dan kilang memproses kacang di sini,” katanya. Beliau yang kini berumur 65 tahun berkata, minat untuk menceburi bidang perniagaan kacang putih ini mula terbit seawal umur beliau 10 tahun lagi. Sementara ayahnya menjual kacang putih di kantin sekolah, beliau akan menjunjung bakul yang dipenuhi dengan kacang putih untuk dijual di jalanan.

“Untuk pengetahuan, perniagaan kacang putih ini, perniagaan keluarga, kami telah melakukannya secara turun-temurun. “Saya sendiri mula tertarik dengan perniagaan ini sejak berumur 10 tahun lagi. “Setiap hari saya akan menjunjung bakul yang berisi kacang putih untuk di jual di tepi-tepi jalan. “Kesusahan dan beratnya bakul yang dijunjung itulah yang memotivasikan diri saya untuk terus maju ke hadapan,” terangnya. Isteri beliau, K.Sarasvathi, 50 yang duduk bersebelahan suaminya sentiasa memberikan senyum turut menjelah perbualan kami.

“Suami saya seorang yang cekal, dari menjunjung dulang dan berjalan kaki, dia telah berusaha gigih untuk membeli basikal, kemudiannya motorsikal, van dan kini kami telah mempunyai kilang memproses kacang putih sendiri serta kedai menjual kacang putih juga,” celah isterinya. Kilang pemprosesan kacang putih itu menghasilkan lebih daripada 36 jenis kacang setiap hari, antaranya ialah pakoda, sivel, dhall, Aulu, poori, pakoda srilanka, omom dan kadalai.

Selain itu, C. Ratnasamy turut memberitahu kedainya turut menjual manisan tradisional masyarakat Indian seperti laddu, jalebi, athirasam dan mysore pagu. Katanya, kacang putih yang disediakan oleh mereka dijamin tahap kebersihannya dan pegawai kesihatan daripada Majlis Bandaraya ipoh juga sering kali melakukan pemeriksaan.

Sehubungan dengan itu, kacang putih yang dijualnya sentiasa mendapat sambutan ramai. Malah harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan iaitu serendah RM6 hingga RM14 sekilo. Tambah beliau lagi, saingan yang wujud dalam perniagaan menjual kacang putih di Kampung Kacang Putih ini sihat kerana setiap peniaga mempunyai rahsia resepi keluarga yang tersendiri.

Justeru itu, pelanggan-pelanggan mereka juga kebanyakkannya adalah terdiri daripada pelanggan tetap. “Sudah tentu adanya saingan dalam setiap perniagaan. “Tetapi apa yang bagusnya ialah saingan itu adalah saingan yang sihat. “kami semua telah pun mempunyai pelanggan tetap sendiri. “Saya sendiri juga telah memperluaskan skop perniagaan dengan mengeksport produk kami ke luar negara seperti ke Australia, New Zealand dan China,” terangnya.

Katanya, buat masa ini masalah yang dihadapi oleh semua peniaga kacang putih di Buntong ialah kekurangan kakitangan ataupun pekerja. Golongan muda tempatan dilihat tidak berminat untuk bekerja dalam bidang memproses dan membekal kacang putih. Oleh itu, mereka terpaksa mengambil pekerja warga asing untuk membantu mereka menjalankan perniagaan.

Sesiapa yang berminat untuk mencuba atau membeli kacang putih keluaran Perniagaan Kacang Putih S. R. Ipoh boleh hubungi Puan Sarasvathi di talian 05-2533908 atau emelkan ke aru6sr@yahoo.com.
Sekiranya anda berada di berada di Bandaraya Ipoh, boleh terus membeli kacang putih tersebut di alamat No.23, Jalan Sungai Pari, Kampung Kacang Putih , Buntong, 30100, Ipoh, Perak yang dibuka seawal jam Sembilan pagi hingga 6 petang.

Terdahulu, Setiausaha Persatuan Perdagangan Masyarakat Indian, B. K. Kumar meminta agar pihak kerajaan memasukkan Kampung Kacang Putih dalam kalender pelancongan negeri agar para pelancong luar negara tahu kewujudan kampung tersebut yang terkenal dengan kacang putihnya.Katanya, surat permohonan telah pun diberikan kepada Pengarah Pelancongan Negeri, dan sedang menunggu jawapan dari pihak yang bertanggungjawab mengenainya.


6. Ramly Food Processing Sdn Bhd



Alamat:

Ramly Food Processing Sdn Bhd
No.1 - 4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6187 4924
Email:rfpsb@ramly.com.my

Produk
RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa.

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.  Kejayaannya bukanlah dapat  dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan.  Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM100 juta.


Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini.  Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh.  Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. 

Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.

Ramly juga telah dinobatkan sebagai Usahawan Melayu Cemerlang pada tahun 2006. Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan.

Rujukan: http://iksprofile.blogspot.com/2012/05/ramly-food-processing-sdnbhd.html


7.  Noraini Cookies Worldwide Sdn. Bhd.




Produk/ Perkhidmatan
High quality butter cookies using Malaysian homemade recipe

Alamat
1 Jalan Suria S U5/S, Taman Pinggiran Subang, Selangor


Kisah dan Pengalaman

SIAPA sangka keputusan nekad berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada hikmah di sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada awalnya juga tidak berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam, akhirnya kerja keras tanpa mengenal putus asa berbayar semula.Kini, Pengarah Urusan Noraini’s Group of Companies, Noraini Ahmad, 52 tahun, sudah boleh menarik nafas lega serta tersenyum puas kerana selepas melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis, beliau berjaya membina jenama Noraini’s sebagai sebuah empayar produk makanan ke arena global.





Bagaimanakah penglibatan puan dalam dunia perniagaan bermula?

Saya sebenarnya bermula secara kecil-kecil. Semasa bekerja lagi saya sudah berniaga kain ela dan pinggan mangkuk. Selepas berhenti kerana ketiadaan pembantu rumah, saya tercari-cari kerja apa yang boleh dilakukan untuk mencari sumber pendapatan.Saya mula dengan membuat nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih untuk dibawa ke pejabat suami. Pada masa itu tidak terlintas langsung untuk berkembang pesat.Semuanya bermula selepas seorang teman suami memberi rasa kuih tradisional saya kepada seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Selang beberapa hari, chef tersebut mahu saya bawa beberapa contoh kuih.

Pada 1984, Noraini’s Enterprise ditubuhkan dan syarikat kami membekalkan kuih-muih kepada 14 hotel sekitar Lembah Klang. Semua proses pada masa itu dilakukan di belakang rumah dengan bantuan 14 pekerja.Apabila masuk tahun ke 10, timbul rasa penat ditambah pula dengan pelbagai kerenah pekerja baik yang tempatan mahupun pekerja asing. Saya cuba mencari penyelesaian dengan mencari alternatif lain. Pada masa itu penjualan kain masih diteruskan.Saya ubah cara perniagaan dengan menjual kuih raya pada 1992. Tahun pertama, saya sudah nampak pendapatan yang diperoleh tetapi apabila masuk tahun kedua, saya sudah nampak ketidakmampuan teman menyiapkan tempahan yang diterima.

Bila saya nampak suasana semakin serius, saya ajak empat pekerja untuk cuba membuatnya sendiri. Alhamdulillah, rupa-rupanya biskut yang kami buat lebih mendapat sambutan. Bermula dengan dua biskut, lama-kelamaan berjenis-jenis biskut yang dihasilkan.Dari situlah terfikir biskut menjadi pilihan. Apatah lagi, risikonya tidaklah sehebat kalau kita berniaga kuih basah ataupun dikenali dengan nama kuih nyonya atau kuih Melayu. Walaupun ia bermusim tetapi kepuasan dan penatnya berbaloi. Kuantiti yang dibuat pula bergantung kepada tempahan, berbeza dengan kuih basah yang tidak boleh diagak pengeluarannya serta tidak tahan lama.Mulai saat itulah saya berhijrah kepada bisnes biskut. Jadi untuk masuk ke pasar-pasar raya serta membina keyakinan pelanggan saya daftarkan Noraini’s Enterprise Sdn. Bhd. Syarikat kami mula bekalkan biskut-biskut kepada pasar raya, pasar malam dan pasar Ramadan.



Beralih

Bila gawat melanda negara, saya beralih jual kuih baulu, kek dan tapak pertama kami ialah di Angsana, Johor Bahru pada akhir 1998 dengan menubuhkan Noraini’s Fresh Bake. Tapak kedua dibuka di Plaza Masalam pada akhir 2000. Di sini saya menambah menu seperti roti jala, aneka laksa, mee, nasi lemak dan akhirnya ia bertukar menjadi kafe kecil.

Bermula dari situ saya diilhamkan pula Noraini’s Laksa Paradise dengan menghasilkan 11 produk antaranya; asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka laksa, rendang, mee bandung dan mee kari. Tahun lepas, syarikat kami menghantar produk ke Jepun dan diubahsuai dalam bentuk pes kepada serbuk. Idea ini saya dapat semasa di Mekah kerana mahu menikmati pelbagai juadah secara mudah dan segera serta sedap. Pada 2004, saya tubuhkan Noraini’s Cookies Worldwide Sdn. Bhd. Semasa menyertai pameran Mihas 2006, saya dipelawa membuka kilang di Kazakhtan kerana niat seorang ahli perniagaan dari negara itu ialah dia mahu memulakan hab halal di sana.

Pada masa itu, saya tidak berapa yakin, tetapi apabila anak kedua, Hezir Effez Norsham, 27, pulang dari negara itu dan memberitahu kesungguhan mereka. Saya terima pelawaan tersebut. Jadi pada September 2006 anak saya yang sanggup melepaskan bidang kejuruteraan komputer berangkat ke sana sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, kini terdapat enam kilang di sana yang menyediakan antaranya; sosej, spagetti, mee segera dan piza. Apabila anak kedua menguruskan perniagaan di Kazakhtan, saya ‘patah tangan’ kerana tidak ada sesiapa membantu. Namun semasa menunaikan haji, anak pertama memberitahu keputusannya untuk serius dalam dunia perniagaan. Maka sekarang, saya dibantu Dr. Helmee Effendee Norsham, 31, yang sanggup meninggalkan bidang kedoktoran demi memantapkan bisnes keluarga.

Pada Mei 2007, saya tubuhkan pula Noraini’s Farm House Sdn. Bhd. yang memfokus kepada produk rempah campuran. Penghasilan produk ini bertambah rancak dengan adanya ladang seluas tiga ekar di Ijok yang ditanam dengan serai, lengkuas dan beberapa lagi. Menerusi cerita puan di atas sudah pastinya bukan calang-calang orang berani mengusahakannya. Di manakah puan rasa kekuatan serta kelebihan puan untuk terus bertahan? Kejayaan ini semuanya dengan kehendak Allah dan berkat kerja keras yang tidak kenal putus asa. Saya bersyukur, walaupun dengan pelbagai cabaran yang melanda alhamdulillah kami berjaya mengharunginya sebaik mungkin. Ini semuanya tidak diduga, mungkin ilham-ilham yang diperoleh itu datangnya daripada Yang Maha Esa. Anugerah itu telah membawa saya sehingga ke tahap ini. Maklumlah pada masa itu kekuatan hanya bersandarkan minat dan kemahiran memasak.Selain itu, mungkin sikap ibu yang tegas dalam mendidik saya dengan kerja-kerja di dapur serta menguasai bidang masakan yang diterapkan seawal usia lapan tahun, sedikit sebanyak membina keyakinan diri.

Lebih-lebih lagi, sebagai anak perempuan tunggal, menjadikan saya terbiasa dengan tugasan sebegini. Sungguhpun ayah seorang pendidik dan emak suri rumah sepenuh masa tetapi mereka berdua adalah pakar dalam bidang masakan. Bila mana ada kenduri kendara, merekalah yang dipanggil untuk memasak. Berkemungkinan juga dari situ saya mendapat tunjuk ajar berguna berkaitan ilmu memasak.Hakikatnya tanggungjawab menguruskan rumah tangga yang dipikul sejak kecil dan yang paling mencabar, sewaktu kedua-dua ibu bapa menunaikan haji walaupun pada masa itu kami adik-beradik ditemani nenek. Kalau difikir-fikirkan, pendedahan dan kepercayaan inilah yang banyak membentuk saya seperti sekarang.

Puan mengatakan di atas banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi, apakah antaranya dan bagaimana puan menghadapinya?

Kalau dibandingkan dari mula-mula menapak sehinggalah sekarang, cabarannya memang kami tidak dapat lari. Namun bagi saya, cabaran itu perlu kerana tanpanya kita sukar untuk maju. Cabaran berhadapan dengan kegawatan ekonomi apatah pula, dengan suami yang sudah berhenti kerja serta tidak ada pengaliran wang tunai di tangan yang pernah saya alami, itu memang cukup mencabar.Bayangkan bagaimana perasaan pada masa itu apabila kita sudah biasa dengan pendapatan mencecah ribuan ringgit ditambah pula dengan kontena biskut yang tidak terjual, hanya Allah tempat kami menyerah.Pun begitu, saya tidak berputus asa. Selagi ada kudrat dan ilmu memasak serta sentiasa dikurniakan ilham dan idea, saya bentuk perniagaan baru.



Semua ini tidak akan berjaya tanpa kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama serta persefahaman suami isteri. Tanpanya, saya rasa boleh goyah pendirian dan keteguhan seseorang ahli perniagaan itu.Namun, saya percaya setiap yang berlaku itu ada sebabnya dan setiap ujian itu ada hikmah di sebaliknya. Kita sahaja yang tidak berkeyakinan dengan-Nya.

Adakah puan sudah puas dengan pencapaian sekarang dan apakah perancangan puan pada masa hadapan?

Alhamdulillah, saya gembira dengan pencapaian sekarang, Walau bagaimanapun, selagi ada peluang atau idea untuk mengembangkan lagi perniagaan apatah lagi, ini adalah bisnes keluarga, jadi saya mahu sama-sama mengusahakannya.Buat masa ini, dengan sokongan dan bantuan daripada anak pertama dan kedua yang sanggup meninggalkan bidang profesional masing-masing, menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang bersama mereka membina empayar perniagaan kami.

Kalau sebelum ini menerusi Noraini’s Fresh Bake yang berkonsep kiosk kini sudah boleh difrancaiskan. Terbaru, kami telah membuka Noraini’s Cafe di Seremban Parade, Seremban, Negeri Sembilan. Malah dari semasa ke semasa kami akan cuba perbaiki mana aspek dari produk yang perlu agar ia terus menepati kehendak pelanggan dan zaman. Kami juga telah mendapat kepercayaan daripada sebuah syarikat luar negara. Ia adalah petanda positif, jenama Noraini’s terus berkembang kukuh. Pengalaman melebihi 20 tahun dalam dunia perniagaan merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan.

Mungkin ada kata nasihat puan kepada mereka yang menceburi bidang ini?

Ramai yang beranggapan bahawa untuk berniaga memerlukan modal yang besar, bagi saya modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus.Pun begitu, dalam bisnes kita kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau boleh, pilihlah perniagaan yang kurang risiko serta sentiasa mantapkan diri dengan ilmu-ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima kemahiran berkomunikasi.


8. Syarikat Faiza Sdn Bhd




Faiza Marketing Sdn Bhd (442060-U) 

Lot 15-11 & 15-12,
Blok B, Komppleks Kilang SME Bank,
No 15, Jalan Wawasan Utama, 
Kawaasn Industri Sri Gading II,
83000 Batu Pahat, 
Johor, Malaysia.

Email
 spice@faizaspices.com  

Website        
www.faizaspices.com

Telefon : 607-4556609        FAX : 607-4556608

Tol Free  :  1-800-227742

Kisah dan Pengalaman

“SAYA nak jadi pembayar zakat terbesar di negara ini.” dan dia dah berjaya pun sekarang.
Seperti yang kita sedia maklum, Syarikat Faiza Sdn. Bhd merupakan penaja program realiti di TV3 bertajuk Bersamamu.Pengasas syarikat ini merupakan anak kelahiran Negara Mesir dan berhijrah ke Malaysia mengikut arwah suaminya, Abu Bakar setelah mempunyai seorang anak.Kini beliau mempunyai seramai tujuh orang anak. Nama beliau ialah Faiza Bawumi Sayed Ahmad, anak sulung daripada tujuh orang adik beradik, berumur 68 tahun.Bapanya seorang 
tahfiz dan peniaga kedai makanan di Mesir. Menurut beliau, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.Beliau membangunkan syarikatnya daripada bisnes runcit biasa yang dijalankan di rumah menjadi antara pemborong beras yang terkemuka di Malaysia.Ibu pejabat Syarikat Faiza Sdn. Bhd kini terletak di Batu Pahat Johor. 

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Penger usi Biro Kebajikan) dan pemegang amanah anak yatim Batu Pahat. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya´.Sebelum Syarikat Faiza berada pada tahap sekarang pelbagai cabaran dilalui oleh Puan Faiza.Selepas berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya, bermulalah cabaran hidup anak kelahiran Mesir ini sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya. 



Puan Faiza mula memikirkan aktiiti berfaedah yang dapat beliau buat bagi mengisi masa lapangnya.Puan Faiza dapat berbahasa Melayu dalam masa hanya tiga bulan kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya.Antara aktiviti awal yang beliau lakukan adalah mengambil upah menjahit sulaman bermodalkan RM4.00, membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya. Ketika tinggal di Mersing, Puan Faiza ni berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan ramuanitu bagi menghasilkanrempah kari ikan dan daging. Semuanya dilakukan sendiri, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar. 



Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan sebuah kedai.Pada tahun 1982, Syarikat Faiza secara rasminya ditubuhkan. Beliau mengembangkan perniagaan dengan memohon lessen pemborong beras kerana mendapati pemborong beras ramai terdiri daripada kaum lain. Para pelanggan yang melanggan rempah-rempah beliau turut membeli beras daripadanya. Pada tahun 1992, syarikatnya bertukar entiti perniagaan menjadi syarikat Sdn. Bhd. Pada tahun 1999 pula syarikat itu menjalankan usahasama dengan Bernas dan menjadi ahli kumpulan Bernas. Kini, kilang beras Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi. 

Kehidupan

PuanFaizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah.

Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin. “Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza,” katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. “Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran,” katanya.



Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di negara ini. Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar. Wanita ini turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan. Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga. Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.


Menurut Faiza, beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur. Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai. “Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya,” katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk Ponni, Basmathi, beras Wangi, beras Siam. Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan baik. Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur.



Tip Kejayaan Puan Faiza

1. Bangun tidur pukul 4:30 pagi setiap hari dan tidur awal sekitar pukul 10:30 malam.
2. Tidak lupa membaca Al-Quran setiap hari.
3. Niat beliau untuk berniaga bukanlah untuk menjadi kaya raya, tetapi untuk membantu ,masyarakat di negara ini seramai mana yg boleh agar mereka juga dapat merasa rezeki yg diperolehi. Syarikat Faiza muncul di antara syarikat yg paling tinggi membayar zakat di Malaysia.
4. Mengamalkan solat sunat Dhuha dan tidak lupa membaca surah Al-Waqiah.
5. Menganggap semua pekerjanya sebagai anak sendiri.
6. Tegas dengan pekerja yang bermasalah.

Rujukan 
http://aneysahans.blogspot.com/2011_03_01_archive.html
http://iksprofile.blogspot.com/2012/05/syarikat-faiza-sdn-bhd.html


9. Zinon Food Industry Sdn Bhd

Zinon Food Industry Sdn Bhd (774676-U)



Alamat:

No. 10, Batu 5 ¼, Jalan Hutan Kampung, 
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

Mobile : +6012 - 5171792
Office : +604 - 7143159
Fax : +604 - 7144040

E-Mail.
marketing@zinonfood.com
zinonfood@gmail.com
zinonfood@yahoo.com.my


Our Market.
1. FOREIGN - Saudi Arabia, Singapore, Brunei & Republic of Ireland.
2. LOCAL - Muslims groceries, selected MYDIN, TESCO, CARE FOUR, AZ-ZAIN.

The Director.
( 1 ). Zinol A’bidin Daud.
( 2 ). Hashmah Hj Ramli.
( 3 ). Mastura Zinol A'bidin.
( 4 ). Masirah Zinol A'bidin.

The 1st Operation Date.
24th May 2007

The Product.
1. Variety of traditional Malay recipe cooking paste.
2. Condiment.
3. Mixed spices.
4. Instant & dried noodles.
5. Vermicelli.

Certification.

1. HALAL - Kedah Darul Aman Islamic Council (Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman).
2. 1 MALAYSIA BEST - Ministry Of Agriculture Malaysia (Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia).
3. 5 S - Malaysia Productivity Centre ( MPC ).
4. 4 STAR SCORE - SME Corporation Malaysia.
5. SK1M - Ministry Of Health Malaysia.

The Brand.
1. IMAN.
2. HILAL.

Mission, Vision & Objectives
 Mission.
Produce HALAL food for all.
Vision.
To become Malaysia leading Muslims entrepreneurs who produce high quality HALAL products to the world.
Motto.
Easy, Simple, yet Delicious…
Objectives.
To fulfill demand and contribute the best taste for all.
Giving superb services to user also customers.
Getting professionals advice and services in order to enhancing quality of manufacturing and product.
Creating and offering business connection links to customers.
To increase and maximize export production with productivity ethics.
Becoming the master of Muslim manufacturer in producing instant noodles, vermicelli, condiments and rice spice mix in order to fulfill demand of local and international market.
Creating an economy chances also offering good job for locals.

 Sejarah
 
Zinon Food Industry Sdn Bhd was initially known as Zinon Food Industry Enterprise. It was established by the ambitious and aspiring founder and Managing Director, Mr Zinol A’bidin Daud in 1990. From the backyard industry he has transformed the company into one of the leading Bumiputera food manufacturing in Northern Malaysia.
The company was set up by Mr Zinol A’bidin Daud on 10th July 1990. The core activities were on processing and producing food products with a small scale. As the business growing up, the company was upgrade and incorporated known as Zinon Food Industry Sdn Bhd on 24th May 2007. Since then, the company giving more focus to product R&D also processing & manufacturing various types of food products such as Instant Mee Bandung, Instant Mee Tomyam, Instant Bihun Tomyam, Cook Flavour and Rice Spice.At the beginning, the factory produces spices based products. With continuous effort in research and development the company has successfully produced additional type of foods that include paste, seasoning, dried noodles and instant noodles also vermicelli. At the moment the company has 11 products ranges and is expected to increasing it once the new factory is completed.
Apart from producing its own brand IMAN and HILAL, the company also do contract manufacturing for Federal Agriculture Marketing Authority of Malaysia (FAMA), under the name AGROMAS. In line with the government vision to make Malaysia as Halal Hub, the company has launced the export market program. Currently, products promotion activities have been successfully conducted in Saudi Arabia, Indonesia, China, Brunei, Philippines, Vietnam and Thailand. The company has major investment for new machineries in order to fulfill demands from local and foreign market.
All product now available in major foreign hypermarket such as MYDIN, TESCO, GIANT and JAYA JUSCO also available in selected local supermarket, mini market and Muslims groceries throughout the country. Thus, it is now being sell in Saudi Arabia, Brunei, Singapore and Republic of Ireland also United Kingdom.

Awards and Recognitions
1. Halal Certification
Record ID : ( K ) HL 105 / 44 / 2011
1. Iman Perencah Nasi Tomato ( Tomatoes Rice Mixed ).
2.   Iman Perencah Nasi Daging ( Bukhari Rice Mixed ).
3.    Iman Perencah Nasi Briyani ( Briyani Rice Mixed ).
4.   Iman Masak Merah Madinah ( Red Sauce Condiments ).
5.   Iman Masak Kurma Madu ( White Sauce Condiments ).
6.   Iman Masak Hitam Kashmir ( Black Paper Condiments).
7.   Iman Bihun Segera Kuah Tomyam ( Instant Vermicelli Tomyam Flavour ).
8.   Iman Mi Segera Kuah Tomyam ( Instant Noodle Tomyam Flavour ).
9.    Iman Instant Mi Kuah Bandung ( Instant Noodle Bandung Flavour ).
10.   Iman Mee Sanggul Melayu ( Yellow Dried Noodles ).
11.   Hilal Perencah Masakan Serbaguna ( Multi purpose Seasoning ).
Awarded By
Kedah Darul Aman Islamic Council ( Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ).

2. 1 MALAYSIA BEST.
 Awarded by Ministry Of Agriculture Malaysia.

3. ( 5 S ) IMPLEMENTATION.
 Awarded by Malaysia Productivity Centre.

4. 4 STAR SCORE RATING.
 Awarded by Sme Corporation Malaysia.

5. SKIM KESELAMATAN MAKANAN 1 MALAYSIA.
 Awarded by Ministry Of Health Malaysia

6. MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute) - Adopted Company.
Selected by Ministry Of Agriculture Malaysia.

7. BUMIPUTERA EXPORT DEVELOPMENT PROGRAMME ( BEDP ) - Adopted Company.
Selected by Ministry Of International Trade & Industry Malaysia.




10. Beauty Umaira Sdn Bhd



Beauty Umaira terkenal sebagai pakej makanan tambahan yang membantu anda untuk kelihatan cantik dan menawan dari segi dalaman dan luaran.  BEAUTY UMAIRA memberi kelebihan pada diri anda untuk membentuk kecantikan secara kekal dari dalaman dan melangsingkan badan anda.  Kandungan khasiat produknya juga menjadikan kulit anda halus dan gebu, berseri dan bermaya walau tanpa make-up. Pengambilan Beauty Umaira yang berterusan selama 3 bulan memberikan hasil diluar jangkaan anda.  Pasti keluarga dan kenalan rapat anda akan memberikan komen tentang diri anda.
Selain dari kelihatan cantik, BEAUTY UMAIRA juga membantu memperbaikki` dan memelihara organ dalaman wanita supaya sentiasa dalam keadaan baik dan sihat.  Ianya sesuai untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak sehinggalah orang tua.  Bagi wanita bujang anda tidak akan mengalami lagi masalah keputihan dan senggugut.  Sementara yang sudah berkahwin otot dalaman anda lebih kuat dan menjadikan hubungan anda bersama suami lebih bermakna disamping memberi 100% kepuasan kepada suami anda. Kandungan bahan yang membezakan produk makanan tambahanBEAUTY UMAIRA dengan produk lain seperti GARCINIA yang membakar kalori dan mengawal nafsu makan,ASTAXANTHIN pula meningkatkan sistem pertahanan badan dan mencegah penuaan kulit, dan KOLAGEN membantu proses pembentukan dan menganjalkan kulit.

Kandungan utama Beauty Umaira

MARINE COLLAGEN, MANJAKANI, MADU, KACIP FATIMAH, PSYLLIUM HUSK DAN PUERARIA MIRIFICA.
 


Fungsi Beauty Umaira

1. Merangsang penghasilan kolagen
2. Menurun berat badan dan mengawal nafsu makan
3. Astaxanthin menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit
4. Meningkatkan sistem ketahanan badan
5. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
6. Senang tidur dan buang air besar
7. Anti Jeragat, menegangkan kulit dan awet muda
8. Menganjalkan tubuh dan kulit
9. Membentuk, menganjal dan membesarkan payudara.
10. Menguatkan rambut dan melambatkan uban
11. Megurangkan keputihan dan melambatkan monopause
12. Meringankan sakit haid 
13. Baik untuk migraine, resdung, gastrik dan asthma
14. Membantu masalah pernafasan

Cara-cara Minum Beauty Umaira
Campurkan satu sachet Beauty Umaira dengan 180ml air biasa atau sejuk dan goncangkan sehingga larut dan sedia untuk diminum.  Sehari satu sachet. Elok minum 1 atau 2 jam selepas sarapan pagi.



Keterangan Umar 

Manly Umar 1001 Rahsia Lelaki mengandungi herba terpilih untuk kesihatan lelaki . Khasiat Umar telah diperakui mujarab dalam memperbaikki sistem dalaman badan serta memperbaikki sistem pengedaran darah dalam badan kita.  Herba-herba serta bahan-bahan yang digunakan didalam Umar adalah yang terpilih serta terbaik masakini.  
Banyak testimoni terkini menunjukkan Umar dapat merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi, menambahkan seri kulit, memperbaikki sendi-sendi, urat saraf dan gout, menambahkan tenaga dalaman untuk lelaki serta pelbagai penyakit dalaman dan luaran.  Yang paling penting, kesihatan kita akan semakin baik dan terjamin jika menggunakan Umar secara konsisten serta mengikut cara-cara yang betul. 
Umar sesuai untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak sehinggalah orang tua.  Bagi yang sudah berkahwin, tanggung jawab kita sebagai suami akan dapat ditunaikan dengan lebih baik samada lahiriah atau batiniah, insyaallah. Yang pasti, sesiapa yang telah mencuba Umar, tidak lagi akan beralih kepada makanan-makanan kesihatan yang lain. Anda bila lagi !!!
Kandungan utama Umar :
Palmetto, Tongkat Ali,  Macca, Tribulus Terrestris, Mulra Puama,  Ashwaganda (ginseng india), Biji Labu,  Epimedium, serbuk madu, Garcinia Cambogia, Tamarind , Payllium Husk dan perasa Lemon.


video


Fungsi Umar

1. Meningkat tenaga batin
2. Mengatasi masalah cepat pancut (pra ejakulasi)
3. Menguruskan badan dan menghilangkan perut buncit
4. Membuang toksin dalam badan
5. Membuang angin dan melancarkan pengaliran darah 
6. Merawat sendi, gout, urat saraf dan lumpuh
7. Merawat tulang belakang  
9. Menegang dan mencantikkan kulit
10. Senang tidur dan buang air besar
11. Merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi
12. Mengatasi masalah prostat serta kencingl tak lawas 13. Menguatkan rambut dan melambatkan uban
14. Meningkatkan sistem ketahanan badan
15. Mengatasi masalah badan lesu dan tak upaya
16. Menambah baik penglihatan  
17. Baik untuk migraine, resdung, gastrik dan asthma 18. Merawat batu karang dan kencing tak lawas

Cara-cara Minum Umar
Campurkan satu sachet Umar dengan 180ml air biasa atau sejuk dan goncangkan sehingga larut dan sedia untuk diminum.  Sehari satu sachet. Elok minum 1 atau 2 jam selepas sarapan pagi.



Keterangan Adam & Hawa
Product Diet Adam & Hawa adalah untuk lelaki dan wanita, baik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dan mengurangkan berat badan berlebihan (obesiti), diformulakan khusus untuk mereka yang ingin berdiet
30 sachet (26g)

Ramuan/Ingredients Adam & Hawa.
Susu Rendah Lemak,serbuk Kacang Soya,Beras Perang,sebuk Fabuless (lemak minyak sawit-salutanminyak oat),Whey Manis,Fruktosa,Psyilium Husk,Spirulina,Kolagen Marin,sebuk Ekstrak Biji Anggur,sebuk Ekstrak Teh Hijau dan Serbuk Ekstrak mengkudu.

Terdapat juga Khasiat dan keistimewaannya lain yang terkandung dalam Adam dan Hawa Mil antaranya seperti dibawah:

Khasiat dan keistimewaannya Adam & Hawa:
1.Awet muda (collagen) membantuk mengekalkan keanjalan kulit
2.Morinsa citrifolia membantu merawat resdung, asma,gaout,penyakit hati anti oksidan
3.Ekstrak Teh hijau baik utk sistem kardiovaskular dan sistem penghadaman
4.Ekstrak biji anggur mengurangkan alergi,katarak,melindungi sel otak dan awet muda
Cara-cara Minum Adam & Hawa
Ambil satu sachet ADAM&HAWA MIL tuang kedalam 180ml air suam (60c – 80c) dan kacau.
Digalakkan mengambil 2 sachet sehari,1 jam sebelum makan pada waktu pagi dan malam.



Keterangan Raudhah
Khasiat dan Keistemewaan Raudhah
•Memelihara kesihatan kulit, kuku dan rambut
•Memelihara kesihatan mata
•Membantu menyeimbangkan tekanan darah
•Membantu mengurangkan risiko migraine dan stress
•Membantu memelihara dan meningkatkan kesihatan tulang rawan dan seterusnya
•Memelihara kesihatan sendi seduai dengan peningkatan usia
•Membantu mengurangkan kesan penuaan akibat aktiviti radikal bebas
•Meransang kecergasan dalam hubungan seks
•Mengurangkan risiko kanser, merendahkan kandungan kolestrol dan seterusnya
•Memelihara kesihatan jantung

Cara-Cara Minum Raudhah :
•Ambil satu sachet RAUDHAH HEALTHY dan tuang ke dalam 180ml air suam (40C-60C) dan kacau. Sedia untuk dihidang. Sebagai pengguna peringkat permulaan,
•Digalakkan mengambil 2 sachet sehari 1 jam sebelum makan pada waktu pagi dan sebelum tidur malam.

Cara penyimpanan Raudhah: 
Simpan ditempat dingin dan kering pada suhu bilik. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari terus dan kelembapan

Rujukan :




No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About